Friday 11 January 2013

Sungai Ini Mempunyai Ombak Setinggi 30 Meter

Luar Biasa! Sungai Ini Mempunyai Ombak Setinggi 30 Meter | Memang sukar dipercayai apabila terdapat sungai di Cina ini mempunyai ombak yang sangat luar biasa. Ombak ini mempunyai ketinggian sehingga 30 meter dan telah menyebabkan air sungai tersebut melimpah dan merosakkan sebahagian harta benda awam. Jika dilihat gambar-gambar di bawah ini, ia tidak lari seperti suasana ombak tsunami yang pernah melanda suatu ketika dahulu. Jom lihat gambar di bawah ini.






Sungai Qiantan di Haining, Provinsin Zhejiang, China adalah merupakan sungai yang unik, kerana sungai ini boleh mengalami air pasang surut seperti lautan, ketika pasang sungai ini dapat membuat gelombang besar hingga 30 meter. Kerana keunikannya tersebut sungai ini dikunjungi oleh ramai pelancong.

Tarikh kemaskini: 11 Jan 2013

Penemuan Sotong Gergasi Di Lautan Pasifik

Luar Biasa! Penemuan Sotong Gergasi Di Lautan Pasifik | Memang sebelum ini, sudah banyak rahsia alam lautan dalam banyak kita dengar. Dasar lautan yang sangat dalam serta dengan suasana yang sangat gelap, menjadikan tempat tersebut boleh dianggap unik. Jadi tidak hairanlah banyak penemuan haiwan-haiwan pelik berjaya ditemui di sana. Antara penemuan tentang seekor sotong gergasi yang telah berjaya dirakamkan di lautan pasifik. KisahBest.My difahamkan, panjang sotong ini dianggarkan sehingga lapan meter.

IMEJ yang disiarkan pihak stesen televisyen NHK dan Discovery Channel semalam menunjukkan sotong gergasi di dalam laut dekat Kepulauan Ogasawara, Jepun.


TOKYO – Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter di dasar Lautan Pasifik.
Pendedahan itu dibuat semalam selepas pihak Muzium Sains Kebangsaan Jepun berjaya membuat penggambaran haiwan laut dalam itu di habitat semula jadi sotong berkenaan buat kali pertama.
Ia merupakan hasil kerjasama dengan stesen televisyen NHK dan saluran Discovery Channel.
Para saintis itu menemui sotong tersebut pada kedalaman 630 meter dengan menggunakan sebuah kapal selam pada Julai tahun lalu sekitar 15 kilometer ke timur Pulau Chichi di utara Lautan Pasifik.
Penyelidik muzium tersebut, Tsunemi Kubodera berkata, pasukan penyelidikannya mengekori sotong besar itu pada kedalaman 900 meter ketika haiwan berkenaan menyelam jauh ke dasar lautan.
Rakaman stesen televisyen NHK menunjukkan haiwan berwarna perak dan bermata hitam besar itu berenang melawan arus laut dengan belalainya melilit umpan sotong.
“Haiwan itu bersinar dan amat cantik,” kata Kubodera.
Sebelum ini, Kubodera hanya merakamkan gambar seekor sotong raksasa yang ditangkap dan dinaikkan ke dalam botnya pada tahun 2006. – AFP

Tarikh kemaskini: 11 Jan 2013

Pokok Kelapa Ada Lima Dahan Di Port Dickson ( Subhanallah )

Subhanallah! Pokok Kelapa Ada Lima Dahan Di Port Dickson | Sesuatu yang agak unik kerana perkara seperti ini agak jarang terjadi. Sebatang pokok kelapa ditemui mempunyai lima dahan di kawasan Port Dickson. Biarpun ia sudah dianggap lama kerana saiz pokok yang sudah berusia, ia baru sahaja mendapat perhatian media. KisahBest.My difahamkan, pokok ini tidak ada perbezaan yang ketara dengan pokok-pokok yang lain kerana ia tetap masih berbuah dalam keadaan biasa.







PORT DICKSON – Sesiapa yang melalui jalan Seremban Port Dickson di Batu 1 Jalan Pantai pasti akan menyedari deretan pokok kelapa yang ditanam bersebelahan dengan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Namun, di antara deretan pokok kelapa itu, terdapat sebatang pokok kelapa yang mempunyai lima cabang dahan.
Nelayan, Maamin Judin, 71, berkata, dia yang sering berulang alik menggunakan laluan Port Dickson-Seremban dari rumahnya ke pengkalan nelayan di Batu 1 menyedari kelainan pada pokok berkenaan.
“Pokok kelapa ini memang lain daripada yang lain, namun diakui ia bukanlah sesuatu yang mustahil.
“Ini adalah kali pertama saya melihat pokok kelapa yang mempunyai cabang dahannya di mana kebiasaannya pokok kelapa tidak mempunyai dahan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Maamin berkata, semua lima cabang pokok kelapa ini mengeluarkan buah sama seperti pokok kelapa yang ditanam di situ.
“Ketinggian pokok kelapa ini juga tidak jauh beza pokok kelapa lain dan mungkin usia pokok kelapa ini sekitar lima hingga tujuh tahun,” katanya.

Tarikh kemaskini: 11 Jan 2013


Cara Mengetahui Tanah Yang Mengandungi Emas

Cara Mengetahui Tanah Yang Mengandungi Emas (Menarik!) | Suatu ketika dahulu, pernah terjadi seorang lelaki yang berusaha mencari emas di sebuah terowong menemui ajalnya apabila terowong tersebut runtuh. Lebih menyayat hati, mayatnya tidak dapat dikeluarkan atas faktor keselamatan pegawai bertugas. Ini yang orang ramai sedang mencari. Emas. Harganya sentiasa meningkat, jika turun pun sedikit. Jadi tidak hairanlah ada yang sanggup mencari emas biarpun terpaksa bertarung nyawa. Di bawah ini tentang cara mengetahui kisah yang mengandungi emas. Menarik!

Gambar sekadar hiasan

Di dunia ada pulahan lombong emas ditemui, yang paling terkenal Lombong Grasberg yang hasilkan bertan-tan emas di dunia ini. Begitu juga di negara kita, Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Lombong Emas Lubuk Mandi dan Lombong Emas Penjam. Tapi ada aku kisah semua tu. Yang penting, belakang rumah kita ada ke idak Emas nih.. Ni ada tip nak tau jenis tanah yang ada emas
Ciri-ciri Tanah Mengandungi Emas
  1. Tanah yang mengandung mineral sulfida yang tinggi. (berbau seperti belerang)
  2. Wujudnyanya mata air panas di sekitar kawasan tersebut.
  3. Sekitarnya ada gunung berapi yang sudah lama ada.
  4. Ada aliran sungai di kawasan berhampiran.
  5. Mempunyai lapisan tanah lempung yang tebal.
  6. Terdapat batuan putih berurat emas (urat kaca atau batuan kaca lutsinar)
Ciri-ciri di atas hanyalah untuk pengesanan awal sahaja, untuk memastikan kewujudan emas sebenar, ujian merkuri dan ujian-ujian lain masih perlu dilaksanakan.

Tarikh kemaskini: 11 Jan 2013

Thursday 10 January 2013

Banjir di Pahang

Keadaan banjir di negeri Pahang sudah semakin pulih..


Dilaporkan tentang keadaan banjir di negeri Pahang tidak membimbangkan berikutan sukatan air sungai yang semakin surut.

Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan


Nasihat: Selepas Banjir Reda

  • Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan dari meminum air yang telah tercemar;
  • Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir;
  • Jangan makan makanan yang telah dicemari air banjir;
  • Lupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas/ peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna;
  • Gunakan air bersih untuk membasuh bekas makanan, mandi, menyediakan makanan atau menyediakan susu bayi;
  • Jika terserempak dengan haiwan liar/ berbisa, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan;
  • Pastikan semua punca elektrik selamat dan tidak terdedah.  

Tarikh dikemaskini: 11 Jan 2013

Popular Posts