Dilaporkan tentang keadaan banjir di negeri Pahang tidak membimbangkan berikutan sukatan air sungai yang semakin surut.
Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan
Nasihat: Selepas Banjir Reda
- Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan dari meminum air yang telah tercemar;
- Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir;
- Jangan makan makanan yang telah dicemari air banjir;
- Lupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas/ peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna;
- Gunakan air bersih untuk membasuh bekas makanan, mandi, menyediakan makanan atau menyediakan susu bayi;
- Jika terserempak dengan haiwan liar/ berbisa, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan;
- Pastikan semua punca elektrik selamat dan tidak terdedah.
Tarikh dikemaskini: 11 Jan 2013




No comments:
Post a Comment