Friday, 11 January 2013

Penemuan Sotong Gergasi Di Lautan Pasifik

Luar Biasa! Penemuan Sotong Gergasi Di Lautan Pasifik | Memang sebelum ini, sudah banyak rahsia alam lautan dalam banyak kita dengar. Dasar lautan yang sangat dalam serta dengan suasana yang sangat gelap, menjadikan tempat tersebut boleh dianggap unik. Jadi tidak hairanlah banyak penemuan haiwan-haiwan pelik berjaya ditemui di sana. Antara penemuan tentang seekor sotong gergasi yang telah berjaya dirakamkan di lautan pasifik. KisahBest.My difahamkan, panjang sotong ini dianggarkan sehingga lapan meter.

IMEJ yang disiarkan pihak stesen televisyen NHK dan Discovery Channel semalam menunjukkan sotong gergasi di dalam laut dekat Kepulauan Ogasawara, Jepun.


TOKYO – Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter di dasar Lautan Pasifik.
Pendedahan itu dibuat semalam selepas pihak Muzium Sains Kebangsaan Jepun berjaya membuat penggambaran haiwan laut dalam itu di habitat semula jadi sotong berkenaan buat kali pertama.
Ia merupakan hasil kerjasama dengan stesen televisyen NHK dan saluran Discovery Channel.
Para saintis itu menemui sotong tersebut pada kedalaman 630 meter dengan menggunakan sebuah kapal selam pada Julai tahun lalu sekitar 15 kilometer ke timur Pulau Chichi di utara Lautan Pasifik.
Penyelidik muzium tersebut, Tsunemi Kubodera berkata, pasukan penyelidikannya mengekori sotong besar itu pada kedalaman 900 meter ketika haiwan berkenaan menyelam jauh ke dasar lautan.
Rakaman stesen televisyen NHK menunjukkan haiwan berwarna perak dan bermata hitam besar itu berenang melawan arus laut dengan belalainya melilit umpan sotong.
“Haiwan itu bersinar dan amat cantik,” kata Kubodera.
Sebelum ini, Kubodera hanya merakamkan gambar seekor sotong raksasa yang ditangkap dan dinaikkan ke dalam botnya pada tahun 2006. – AFP

Tarikh kemaskini: 11 Jan 2013

No comments:

Post a Comment

Popular Posts